SELAMAT DATANG LAMAN KELAB NASYID UUM

Laman Rasmi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

Wahana Media Shayyie Alif

Ketua Eksekutif Unit Media dan Korporat bagi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

DAFTAR AHLI KELAB NASYID UUM ONLINE

Jom Berdakwah Melalui Hiburan Nasyid

SEGMEN BLOG: Motivasi Kampus

Perubahan seorang mahasiswa

SEGMEN BLOG: Anugerah Nasyid

Perkongsian irama nasyid yang terkini di pasaran

Ahad, 24 November 2013

PERUBAHAN SEORANG MAHASISWA

Setelah bergerlar seorang mahasiswa, pastinya akan mengalami perubahan dalam diri seseorang. Ada yang perubahan kepada satu yang positif dan ada juga yang akan mengalami perubahan negatif. Hal ini terjadi disebabkan kegagalan seseorang mahasiswa itu dalam mengawal kehidupannya dikampus. Menurut penulis dan motivator, Ahmad Fadzli Yusof, terdapat beberapa aspek penting untuk menentukan pembangunan dan kejayaan diri seorang mahasiswa dalam menghadapi cabaran hidup di kampus. Lima aspek tersebut adalah:




1. Aspek Fizikal
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk mahasiswa memberikan sepenuh tumpuan dalam apa jua yang dilakukan sama ada di bilik kuliah atau di luar bilik kuliah. Mahasiswa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan seharusnya menjauhi budaya merokok dan pengaruh dadah.


2. Aspek Mental
Sebagai mahasiswa, otak yang sihat amat diperlukan untuk mengingat fakta sepanjang proses pembelajaran. Kesihatan otak dipengaruhi oleh gaya pemakanan, aktiviti harian dan sebagainya.


3. Aspek Spiritual
Pendirian yang tetap perlu ada pada diri seorang mahasiswa bagi menempuh gaya hidup di kampus yang serba mencabar. Jika ada tetap pendirian, maka mahasiswa tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif.


4. Aspek Emosi
Setiap insan dibekalkan dengan emosi dalam dirinya dan menjadi tanggungjawab seseorang itu untuk mengawalnya. Emosi yang stabil amat penting supaya dapat memberikan tumpuan dan supaya sistem pembelajaran tidak terganggu. Perasaan rindu pada kampung halaman, putus cinta dan bebanan kerja kursus yang banyak antara faktor utama yang boleh mengganggu kestabilan emosi seseorang mahasiswa. Untuk mengatasi masalah ini, mahasiswa perlu menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.


5. Faktor Kemahiran
Seseorang mahasiswa perlu tahu dan menguasai kemahiran konseptual, teknik dan kemahiran sosial. Skill konseptual seperti keupayaan untuk berfikir secara analitikal, skil membuat analisis, berfikir secara objektif, kepandaian dalam menyelesaikan masalah, keupayaan untuk berhujah serta boleh melihat sesuatu perkara itu dari sudut keseluruhan bukannya dari satu sudut sahaja. Skil teknikal yang perlu dikuasai adalah kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat (ICT). Manakala kemahiran sosial adalah hubungan interpersonal dan intrapersonal, keupayaan menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran berucap di khalayak awam.


MOTIVASI KAMPUS

Jumaat, 22 November 2013

ANUGERAH NASYID: ITU INI BEGITU BEGINI

Lirik Lagu: Itu Ini Begitu Begini
Artis: 
Mirwana & Altimet



Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(
KORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(KORUS)


Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(KORUS 2X)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Khamis, 21 November 2013

HEBAHAN: MESYUARAT PROGRAM AGM

Makluman kepada eksekutif  - eksekutif Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia. Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dan mesyuarat akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 23 November 2013
Masa : 08.00 Malam - 11.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat PBS UUM

Mohon kerjasama semua pihak berkenaan hadir mesyuarat ini. 

Sekian, terima kasih.

Rabu, 30 Oktober 2013

CABARAN KEHIDUPAN KAMPUS

Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka. Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekatan ia terpaksa membuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputussan sendiri dan berdikari.





Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :

Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini. Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama. Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.

Dalam masalah penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.

Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.

Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.

Kumpulan pelajar di kampus adalah meruapakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.


MOTIVASI KAMPUS

Selasa, 15 Oktober 2013

ANUGERAH NASYID: BINTANG SYURGA

Lirik Lagu: Bintang Syurga
Artis: Raqib Majib feat UNIC

Biar darah jadi baja
Biar tuanku menjadi tuannya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak

Burung-burung igau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cintamu kanku bercantum




Pergi ku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki
Itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki dari ilahi
Wow.. woo..

Kejayaan (kejayaan)
Kebahagaiaan (kebahagiaan)
Kepada para syuhada yang dirindukan

Datang.. datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya
Hoo.. ooo.. hoo..
Hoo.. hoo.. ooo..

Sabtu, 12 Oktober 2013

PERJUANGAN BUKAN KERANA PERTANDINGAN TETAPI KERANA DAKWAH

12 OKT 2013 - Kelab Nasyid UUM telah mengadakan PERTANDINGAN NASYID PIALA NAIB CANSELOR UUM yang berlangsung semperna Festival Kebudayaan Universiti UUM Kali Ke-3. Pertandingan ini menyaksikan bakat-bakat mahasiswa dalam alunan nasyid dan persembahan dakwah melalui irama nasyid. Mempertandingkan persembahan dalam mewakili Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dan IPT di peringkat utara. Sebanyak 12 Dewan Penginapan Pelajar telah bertanding dalam merebut juara pertandingan nasyid ini antaranya DPP Petronas, DPP Proton, DPP Malaysia Airlnes dan turut menyertai kumpulan nasyid dari beberapa IPT yang lain. Pertandingan ini bertujuan untuk mengekalkan irama nasyid dikalangan mahasiswa selain memberi kesedaran kepada peserta dan mahasiswa akan nilai dakwah melalui hiburan nasyid. 


Noorain Nabila selaku pengarah program berkata pertandingan ini adalah  medium untuk mahasiswa mempamerkan bakat masing-masing dalam persembahan nasyid. Menang atau kalau itu bukanlah ukuran dalam program ini, apa yang penting adalah bagaimana peranan mahasiswa menghidupkan nilai-nilai hiburan yang berbentuk dakwah didalam kampus sekaligus mengimbangi kehidupan seorang mahasiswa. Saya yakin program kali ini akan banyak diadakan lagi dalam kampus mahupun di luar kampus untuk bersama-sama kita memajukan hiburan nasyid di tanah air kita.



Johan bagi program ini dinobatkan kepada Dewan Penginapan Pelajar Malaysia Airlines dengan membawa pulang hadiah wang tunai, hamper, sijil penyertaan dan trofil. "Kami berasa bersyukur dengan kemenangan dalam pertandingan ini, pun begitu kami berasa lagi bangga dapat berdakwah melalui alunan nasyid sebagai hiburan kampus yang perlu disokong oleh mahasiswa kini." Ujar Rahimi Aziz, solo Kumpulan Nasyid G-Heart DPP Malaysia Airlines.


BULETIN NASYID UUM

Sabtu, 5 Oktober 2013

NILAI KEKELUARAGAAN DALAM PROFESIONAL PENGURUSAN

5 OKT 2013 - Demi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan dalam pengurusan kelab, Kelab Nasyid UUM telah mengadakan satu program khas Famili Day Kelab Nasyid. Program selama satu hari ini berlangsung dengan jayanya dalam memupuk nilai - nilai keluargaan dalam sesuatu organisasi. Sesi kenal mengenali antara satu sama lain dalam program ini mampu untuk ketahui cara dan perwatakan seseorang itu. Ikatan kekeluargaan ini amatlah perlu dalam organisasi untuk bersama dalam pembangunan pengurusan kelab. 




Penjaan visi dan misi dalam Kelab Nasyid UUM ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya ahli kelab tiada nilai kekeluargaan dan persefahaman. Menjadi asas utama bagi kelab ini dengan memperkenalkan nilai - nilai kesejahteraan dalam pengurusan kelab. Hormat - menghormati perlu dijadikan sandaran utama bagi mengekalkan keharmonian pengurusan organisasi. Seramai 50 ahli kelab telah menjayakan program ini dengan diberikan pelbagai aktiviti - aktiviti dalam kumpulan. 




"Saya sangat teruja dan gembira dengan penyertaan dalam Famili Day Kelab Nasyid UUM, saya dapat mengenali ramai sahabat-sahabat lain dan rasa nilai sebuah keluarga. Sedikit sebanyak mengingatkan saya akan kampung halaman saya".  Ujar Hamzah Haikal, salah seorang peserta program tersebut.


BULETIN NASYID UUM

Jumaat, 4 Oktober 2013

CINTA ALLAH, CINTA RASUL & CINTA MANUSIA

3 OKT 2012 - Sempena Festival Kebudayaan Universiti anjuran Pusat Budaya & Seni Universiti Utara Malaysia, Kelab Nasyid UUM turut menjayakan dengan mengadakan DISKUSI ISLAMIK, sebuah diskusi yang membincangkan kisah "Cinta akan Allah S.W.T, Cinta akan Rasul dan Cinta akan Manusia" bersama panel Dr. Ahmad Bashir@Zolmat Bin Aziz, Pensyarah Kanan Kolej Akademik Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia. Diskusi selama 2 jam ini membawa peserta untuk mengenali erti cinta sebenarnya Bagaimana cinta itu diungkap dan  bagaimana untuk mengaplikasikan cinta itu.


Menjadi kebiasaan setiap insan akan memliki cinta tetapi masih ramai yang tidak tahu untuk mengenali cinta itu tatkala hanya menganggap cinta itu hanya pada manusia. Kewajaran cinta itu haruslah yakin dan percaya akan Pencipta cinta itu barulah kita merasai cinta yang sebenar. Dalam perbincangan diskusi tersebut, Dr Ahmad Bashir berkata "Cinta itu haruslah seimbang dalam kehidupan didunia dan diakhirat. Dalam kita mencinta manusia atau seseorang itu, pastikan kita kenal siapa yang mencipta cinta itu, dan harumkan cinta itu dengan sunnah rasul".

BULETIN NASYID UUM

Rabu, 2 Oktober 2013

EKSEKUTIF KELAB




PRESIDEN
Faizzudin B. Sahazudin             
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dgn Kepujian     

H/P : 014-5120916
EMEL : faizzudin.kelabnasyiduum@gmail.com








NAIB PRESIDEN
Noorain Nabila Bt Saffar                  
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Sistem Maklumat Dgn Kepujian 
  
H/P : 019-2446096
EMEL : noorain.kelabnasyiduum@gmail.com






SETIAUSAHA EKSEKUTIF
Izzatul Anis Bt Abu Hasan                      
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dgn Kepujian
      
H/P : 013-4319381
EMEL : izzatul.kelabnasyiduum@gmail.com





PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF
Siti Nur Umirah Bt Ideris                              
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dgn Kepujian          

H/P : 014-5351973
EMEL : nurumirah.kelabnasyiduum@gmail.com









BENDAHARI KEHORMAT
Norlela Bt Saari        
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dgn Kepujian

H/P : 013-5343934
EMEL : norlela.kelabnasyiduum@gmail.com








KETUA EKSEKUTIF PEMBANGUNAN KELAB
Nor Azmira Bt Idris 
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Logistik & Pengangkutan            

H/P : 017-5920974
EMEL : azmira.kelabnasyiduum@gmail.com








EKSEKUTIF PEMBANGUNAN KELAB
Nur  Asyida Bt Md Taib 
Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Dgn Kepujian    

H/P : 017-4420172
EMEL : asyida.kelabnasyiduum@gmail.com






KETUA EKSEKUTIF KORPORAT & HELWANIS
Anis  Aufa Bt Abdullah
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dgn Kepujian               

H/P : 013-4695745
EMEL : anisaufa.kelabnasyiduum@gmail.com









EKSEKUTIF KORPORAT & HELWANIS
Nur Zulaikha Bt Che Ibrahim
Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Dgn Kepujian

H/P : 013-9004542
EMEL : zulaikha.kelabnasyiduum@gmail.com








KETUA EKSEKUTIF LOGISTIK
Mohd Shayyie Alif B. Md Lazim
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dgn Kepujian

NO/HP : 014-5142024
EMEL : shayyie.kelabnasyiduum@gmail.com








EKSEKUTIF LOGISTIK
Muhammad Saufi B. Abu Bakar
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Dgn Kepujian

H/P : 013-6613295
EMEL : saufi.kelabnasyiduum@gmail.com








KETUA EKSEKUTIF PENERBITAN  & KOMUNIKASI
Asma' Afifah Bt Ahmad Sabri
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dgn Kepujian

NO/HP : 013-9253618
EMEL : asma.kelabnasyiduum@gmail.com








EKSEKUTIF PENERBITAN & KOMUNIKASI
Syarifah Bt Sabri
Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan Dgn Kepujian

NO/HP : 013-3539927
EMEL : syarifah.kelabnasyiduum@gmail.com








KETUA EKSEKUTIF KEBAJIKAN
Muhammad Afif B. Mukhtar
Ijazah Sarjana Muda Kewangan Dgn Kepujian

NO/HP : 013-4479175
EMEL : afif.kelabnasyiduum@gmail.com




SENARAI AHLI KELAB

1              HAFIZAH BT BAHARUDIN
2              NOORSAZUANA BT DAHARI
3              NOR HABIBAH HIDAYU BT ZAINUDIN
4              NUR SYAZWANI HASANAH BT HASANIN
5              SITI RABIATULHAJAR BT SHARI
6              NURAINI BT RUSLAN
7              NURUL HUDA BT ROSNAN
8              MOHAMAD KHOSKIRIN B. OMAR
9              MUHAMMAD FIRDAUS B. ALISAAH
10           NOR DIYANA BT SAMSUDDIN
11           ANIS AMIRA BT DAWAM
12           FARAHADILLA BT JASNI
13           ISMAIL MUHAMMAD B. JUMALI
14           MASSITAH BT AHMAD
15           MOHD RAHIMI B.AZIZ
16           MOHD SHAYYIE ALIF B.MD LAZIM
17           MUHAMMAD AZRUL B. HAMBALI
18           MUHAMMAD SAUFI B.ABU BAKAR
19           NUR ATIQAH BT  MOHD NAZRI
20           NUR ZULAIKHA BT CHE IBRAHIM
21           NURUL HIDAYAH B.ZAKERI
22           NURUL SUHADA BT SURADI
23           ABDUL HAFIZ B.MOHD SANUSIY
24           AHMAD PATORONI B.
25           NUR RAIHANA AYUNI BT CHE IBRAHIM
26           MUHAMMAD NAZIRUL MU'IZ BIN ISMAIL
27           NUR TASNIM BT MUHD JAMIL
28           SYAFIQAH BT MOHD NAJID
29           ANIS B. ABU BAKAR
30           MUHAMMAD AFIF B. MUKHTAR
31           NOR NA ILAH BT KAMARUDDIN
32           NORHAZWANI BT RONI
33           NUR AIN BT FATHIL SUHAIRI
34           NUR ANIS SYAFIZA BT SHAMSUDDIN
35           SITI AMIRA BT AMINARASID
36           SITI ZAWIAH BT KAMARUDDIN
37           YUSWANI BT YUSSOF
38           ISMAIL B. ZAMRI
39           ANIS AMIRAH BT SUKOR
40           AZMEER B. AZMAN
41           ASMA BT MOHD TAJUDDIN
42           HASANAH BT ABDUL WAHAB
43           MOHD ALI B. ABD RAHMAN
44           MOHD KHAIRUDDIN B. AHMAD
45           MUHAMAD AZHARI B.KACHIL
46           MUHAMMAD AZRIN B. ANUAR
47           NURSYAFIRA BT ISMANAN
48           FATIN SYAZWIN BT SUID
49           MUHAMMAD AFIF B. AHMAD MUSTAFFA
50           MUHAMMAD AIMAN HAMDI B. ABDUL RASHID
51           NAZATUL NATASYA BT IDRIS
52           NOR HASYIMAH BT HASSAN
53           NORNINAWANI BT MOHD AMIN
54           NUR AMANI BT ABU SUDIN
55           NURSHAHIRA NATASYA BT MAT LAZIM
56           NURSYAKIRAH BT OTHMAN
57           NURUL SYAZWANI BT SHAMSOL ZAILAN
58           SARAH SYAHIRA BT OTHMAN
59           SARIPAH IDAYU BT HANIPA
60           SITI HAJJAR BT MOHAMAD HANIF
61           SITI NUR UMIRAH BT IDERIS
62           SYARIFAH BT SABRI
63           SYARINA BT MAT HUSSAIN
64           AINI WAHIDA BT SUWAIMI
65           ANIS AUFA BT ABDULLAH
66           NORSALWA BT ZAINUN
67           NUR AYANTI BT MOHD SHARIF
68           NURFAZLIYANA BT ZAINADI
69           SITI NURZAKIAH  BT SAHLANI
70           UMAIRAH BT MUSLIM
71           ALISA NUR BT ZAINOL
72           HAYATUN SYAMILA BT HAJI ABU BAKAR
73           ASMAHKIAH BT MOHAMAD
74           HAFIZAH BT SHAIFUL BAHARI
75           KHUSNU NABILAH BT SAHIBULLAH
76           MUHAMAD FARHAN B JAMALUDIN
77           MUHAMMAD HASIF AIZAT B. AZMI
78           MUHAMMAF FARHAN B. JAMALUDIN
79           MUHD HANIF B. MOHD SOLEH
80           NAJIHAH BT MOHD NOOR
81           NOOR FARIHAN BT ISMAIL
82           NOORASHIKIN BT HAMDIN
83           NOR AZMIRA BT IDRIS
84           NOR SAKINAH BT ABU BAKAR
85           NOR MUKMIN BT MAHMOOD
86           NOR SHAFURA BT BASARY
87           NOR ZULIZAN BT MOHAMMAD ZULKIFLI
88           NUR ASYIDA BT MD TAIB
89           NUR HAMIDAH BT MOHAMAD
90           NURAFWAH BT HAMDAN
91           NURLIANA BT AZIZ
92           SHARIFAH BT MD SAFAR
93           SITI NUR AMMARAH BT ZULKIFLI
94           SITI SAIRUS BT JUSOH
95           ZULLIA BT ZULKIFLI
96           ZULFAHMI B. ISMAIL
97           ABDUL SALAM B. CHE MAD
98           MOHAMAD FIKRI B. AZMAN
99           NUR  FARAH WAHIDAH BT MOHAMED NAZRI
100         MOHAMMAD ARIF B. GHAZALI
101         ADAWIYYAH BT YAHYA ARIF
102         AHMAD ZULHAKIM B. ZULKIFLI
103         JAMILAH BT SAMSUDDIN
104         KHAIRUNNISA BT ZULKIFLE
105         NORAZWANI AIDA BT MAT NOOR
106         NURSYAHIDAH BT HAJI MUDA

Selasa, 1 Oktober 2013

SEKAPUR SIREH PRESIDEN

Bismillahirrahmanirrohim

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia.

Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia telah menjangkau 10 tahun usianya sejak ianya ditubuhkan. Saya sebagai presiden sesi 2012/2013 berasa bangga kerana kelab nasyid dapat menjadi antara kelab terbaik di UUM dan sebahagian dari misi kelab juga telah pun tercapai dengan berobjektif adalah untuk memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian islam kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar kampus. Selain itu, untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani melalui penerapan nilai-nilai yang mempunyai unsur- unsur keislaman.

Kelab Nasyid menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar disamping memberi hiburan berunsur islamik dan dakwah. Melalui penyertaan dalam kelab nasyid, akademik dan sosial pelajar dapat diseimbangkan. Seiring dengan teknologi sekarang, Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia juga tidak mahu ketinggalan menubuhkan laman sosial seperti facebook untuk memudahkan dan mempercepatkan sebarang urusan hebahan maklumat berkaitan kelab. Buat julung kalinya, kelab nasyid menubuhkan laman web untuk memudahkan pengunjung dan pelajar- pelajar uum khususnya untuk mengetahui dengan lebih terperinci info-info terkini mengenai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab.

Saya berharap dengan penubuhan laman ini akan menyumbang dan mengangkat lagi nama Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia di peringkat UUM mahupun di luar kampus. Dengan kewujudan laman ini juga mampu sama-sama kita menilai pembangunan Kelab Nasyid UUM dalam mengikuti perkembangan semasa akan arus modenisasi. Sekaligus menyahut visi dan misi Universiti Utara Malaysia.

Salam ukhuwah fillah,

Faizzudin Bin Sahazudin
Presiden Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

UNIT MEDIA & KORPORAT

Shayyie Aliff, Ketua Eksekutif Unit Media dan Korporat bagi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia, siswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian yang bertanggungjawab dalam menjayakan Laman Rasmi Kelab Nasyid UUM ini. Laman ini akan dijadikan satu medan media yang khas menceritakan tentang Kelab Nasyid UUM. Fokus laman ini juga bermatlamat memberi maklumat tentang pembangunan Kelab Nasyid UUM.

Seperti yang sedia maklum, Kelab Nasyid UUM ini banyak mengadakan aktiviti-aktiviti didalam kampus mahupun diluar kampus, sehubungan dengan itu, kewujudan laman ini, akan menjadi peranan dalam menyebarkan berita-berita aktiviti Kelab Nasyid UUM. Sekaligus, ramai pembaca akan mengetahui perkembangan kelab ini. 

Laman rasmi ini juga akan menyiarkan segmen - segmen yang menarik antaranya, Hiburan Kampus, Seni Dakwah, Anugerah Nasyid dan Naluri Cinta. Segmen Hiburan Kampus menceritakan kisah hiburan, seni dan budaya yang diadakan di peringkat Universiti Utara Malaysia. Anugerah Cinta pula satu segmen khas menyiarkan lirik lagu nasyid yang popular. Seni Dakwah satu artikel yang berkongsi jenis-jenis seni yang berkonsepkan islamik. Manakala, Naluri Cinta mengfokuskan kisah motivasi dan pembangunan mahasiwa.

"Saya berharap laman ini akan mencapai matlamat dalam menjadi media untuk berkongsi kisah - kisah Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia dan berperanan satu unit khas dalam menjayakan agenda kelab ini. Melihat kepada ramai pengguna hari mengakses maklumat melalui internet, jadi laman juga akan mendapat perhatian di mata pembaca". Ujar Shayyie Alif.

Wahana Media
Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia


PENASIHAT KELAB



















NAZRI YAUDDIN HAJI NAWAWI
Pegawai Kebudayaan
Pusat Budaya & Seni
Universiti Utara Malaysia

Telefon : 04 - 928 5815
Emel : yauddin@uum.edu.my



SEJARAH PENUBUHAN

Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia di bawah pimpinan Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia telah ditubuhkan pada 21 Oktober 2003. Kelab ini berada dibawah bimbingan Encik Nazri Yauddin Hj. Nawawi sebagai penasihat kelab. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian islam kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar kampus.

Pada awal penubuhan kelab ini, seramai 75 orang ahli telah didaftarkan. Fokus kelab ini adalah untuk menjadikan nasyid sebagai hiburan kampus di Universiti Utara Malaysia. Menjadi peranan mahasiswa untuk bersama-sama memajukan industri hiburan nasyid di Malaysia. Sekaligus, memberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmiah dan kepimpinan.

Modul yang ditekankan dalam Kelab ini menjadikan hiburan nasyid sebagai wadah dakwah.

OBJEKTIF KELAB

Objektif penubuhan Kelab Nasyid UUM ini adalah untuk memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian islam kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar kampus. Selain itu, untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani melalui penerapan nilai-nilai yang mempunyai unsur- unsur keislaman.

Melihat dunia hari ini menyaksikan satu bentuk hiburan yang negatif, merosakkan jiwa dan akhlak. Konsep yang dibawakan juga bertentangan dengan fitrah manusia. Sebagai contohnya, nyanyian yang berkonsepkan rock, hard metal dan sebagainya. Hiburan ini tidak memberikan apa-apa makna kepada pendengarnya serta tidak meninggalkan kesan positif sama ada dari aspek penampilan penyanyi, pakaian, juga dari aspek senikata (lirik) lagu yang melambangkan corak kehidupan bebas dan tidak membina peribadi mulia. Malah ada lirik-lirik lagu tersebut yang berunsurkan lucah dan pemujaan syaitan.

Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Hiburan yang dicari hendaklah bertepatan dengan konsep hiburan Islam diantaranya tidak melalaikan dan mendorong kepada taat. Konsep yang dibawakan oleh nasyid dalam industri hiburan bolehlah dikatakan bertepatan dengan ciri-ciri ini. Sehubungan dengan itu juga, Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia akan medium dalam  menyerbarkan hiburan dakwah melalui nasyid di kampus ini.



MOTO KELAB


Hiburan Wadah Dakwah

Jika nasyid didefiniskan sebagai wadah dakwah, maka ia sangat bergantung kepada faktor manusia yang membentuk nasyid itu sendiri. Rupa dan warna dakwah adalah intepretasi seorang Daie terhadap apa yang beliau sendiri faham tentang mesej agamanya.

Jika nasyid bermaksud dakwah, maka nilai dakwah itu bukan hanya pada lirik dan lagu, tetapi ia sangat terkesan oleh apa yang ditonjolkan melalui keperibadian penyampainya. Samaada nasyid tradisional mahu pun yang kontemporari dengan genre hiphop dan rock, latar belakang dan salsiah penyanyi nasyid akan tetap menjadi sebahagian daripada penilaian masyarakat tentang sejauh mana relevannya dakwaan nasyid itu sebagai medium dakwah.