Ahad, 24 November 2013

PERUBAHAN SEORANG MAHASISWA

Setelah bergerlar seorang mahasiswa, pastinya akan mengalami perubahan dalam diri seseorang. Ada yang perubahan kepada satu yang positif dan ada juga yang akan mengalami perubahan negatif. Hal ini terjadi disebabkan kegagalan seseorang mahasiswa itu dalam mengawal kehidupannya dikampus. Menurut penulis dan motivator, Ahmad Fadzli Yusof, terdapat beberapa aspek penting untuk menentukan pembangunan dan kejayaan diri seorang mahasiswa dalam menghadapi cabaran hidup di kampus. Lima aspek tersebut adalah:




1. Aspek Fizikal
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk mahasiswa memberikan sepenuh tumpuan dalam apa jua yang dilakukan sama ada di bilik kuliah atau di luar bilik kuliah. Mahasiswa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan seharusnya menjauhi budaya merokok dan pengaruh dadah.


2. Aspek Mental
Sebagai mahasiswa, otak yang sihat amat diperlukan untuk mengingat fakta sepanjang proses pembelajaran. Kesihatan otak dipengaruhi oleh gaya pemakanan, aktiviti harian dan sebagainya.


3. Aspek Spiritual
Pendirian yang tetap perlu ada pada diri seorang mahasiswa bagi menempuh gaya hidup di kampus yang serba mencabar. Jika ada tetap pendirian, maka mahasiswa tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif.


4. Aspek Emosi
Setiap insan dibekalkan dengan emosi dalam dirinya dan menjadi tanggungjawab seseorang itu untuk mengawalnya. Emosi yang stabil amat penting supaya dapat memberikan tumpuan dan supaya sistem pembelajaran tidak terganggu. Perasaan rindu pada kampung halaman, putus cinta dan bebanan kerja kursus yang banyak antara faktor utama yang boleh mengganggu kestabilan emosi seseorang mahasiswa. Untuk mengatasi masalah ini, mahasiswa perlu menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.


5. Faktor Kemahiran
Seseorang mahasiswa perlu tahu dan menguasai kemahiran konseptual, teknik dan kemahiran sosial. Skill konseptual seperti keupayaan untuk berfikir secara analitikal, skil membuat analisis, berfikir secara objektif, kepandaian dalam menyelesaikan masalah, keupayaan untuk berhujah serta boleh melihat sesuatu perkara itu dari sudut keseluruhan bukannya dari satu sudut sahaja. Skil teknikal yang perlu dikuasai adalah kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat (ICT). Manakala kemahiran sosial adalah hubungan interpersonal dan intrapersonal, keupayaan menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran berucap di khalayak awam.


MOTIVASI KAMPUS

0 ulasan:

Catat Ulasan