Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia di bawah pimpinan Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia telah ditubuhkan pada 21 Oktober 2003. Kelab ini
berada dibawah bimbingan Encik Nazri Yauddin Hj. Nawawi sebagai penasihat kelab.
Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan
serta kesenian islam kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar kampus.
Pada awal penubuhan kelab ini, seramai 75 orang ahli telah didaftarkan. Fokus kelab ini adalah untuk menjadikan nasyid sebagai hiburan kampus di Universiti Utara Malaysia. Menjadi peranan mahasiswa untuk bersama-sama memajukan industri hiburan nasyid di Malaysia. Sekaligus, memberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmiah dan kepimpinan.
Modul yang ditekankan dalam Kelab ini menjadikan hiburan nasyid sebagai wadah dakwah.