Hiburan Wadah
Dakwah
Jika nasyid didefiniskan sebagai wadah dakwah, maka ia
sangat bergantung kepada faktor manusia yang membentuk nasyid itu sendiri. Rupa
dan warna dakwah adalah intepretasi seorang Daie terhadap apa yang beliau
sendiri faham tentang mesej agamanya.
Jika nasyid bermaksud dakwah, maka nilai dakwah itu bukan
hanya pada lirik dan lagu, tetapi ia sangat terkesan oleh apa yang ditonjolkan melalui
keperibadian penyampainya. Samaada nasyid tradisional mahu pun yang
kontemporari dengan genre hiphop dan rock, latar belakang dan salsiah penyanyi nasyid akan tetap menjadi sebahagian daripada penilaian masyarakat tentang
sejauh mana relevannya dakwaan nasyid itu sebagai medium dakwah.