Selasa, 1 Oktober 2013

OBJEKTIF KELAB

Objektif penubuhan Kelab Nasyid UUM ini adalah untuk memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian islam kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar kampus. Selain itu, untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani melalui penerapan nilai-nilai yang mempunyai unsur- unsur keislaman.

Melihat dunia hari ini menyaksikan satu bentuk hiburan yang negatif, merosakkan jiwa dan akhlak. Konsep yang dibawakan juga bertentangan dengan fitrah manusia. Sebagai contohnya, nyanyian yang berkonsepkan rock, hard metal dan sebagainya. Hiburan ini tidak memberikan apa-apa makna kepada pendengarnya serta tidak meninggalkan kesan positif sama ada dari aspek penampilan penyanyi, pakaian, juga dari aspek senikata (lirik) lagu yang melambangkan corak kehidupan bebas dan tidak membina peribadi mulia. Malah ada lirik-lirik lagu tersebut yang berunsurkan lucah dan pemujaan syaitan.

Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Hiburan yang dicari hendaklah bertepatan dengan konsep hiburan Islam diantaranya tidak melalaikan dan mendorong kepada taat. Konsep yang dibawakan oleh nasyid dalam industri hiburan bolehlah dikatakan bertepatan dengan ciri-ciri ini. Sehubungan dengan itu juga, Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia akan medium dalam  menyerbarkan hiburan dakwah melalui nasyid di kampus ini.