Shayyie Aliff, Ketua Eksekutif Unit Media dan Korporat bagi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia, siswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian yang bertanggungjawab dalam menjayakan Laman Rasmi Kelab Nasyid UUM ini. Laman ini akan dijadikan satu medan media yang khas menceritakan tentang Kelab Nasyid UUM. Fokus laman ini juga bermatlamat memberi maklumat tentang pembangunan Kelab Nasyid UUM.
Seperti yang sedia maklum, Kelab Nasyid UUM ini banyak mengadakan aktiviti-aktiviti didalam kampus mahupun diluar kampus, sehubungan dengan itu, kewujudan laman ini, akan menjadi peranan dalam menyebarkan berita-berita aktiviti Kelab Nasyid UUM. Sekaligus, ramai pembaca akan mengetahui perkembangan kelab ini.
Laman rasmi ini juga akan menyiarkan segmen - segmen yang menarik antaranya, Hiburan Kampus, Seni Dakwah, Anugerah Nasyid dan Naluri Cinta. Segmen Hiburan Kampus menceritakan kisah hiburan, seni dan budaya yang diadakan di peringkat Universiti Utara Malaysia. Anugerah Cinta pula satu segmen khas menyiarkan lirik lagu nasyid yang popular. Seni Dakwah satu artikel yang berkongsi jenis-jenis seni yang berkonsepkan islamik. Manakala, Naluri Cinta mengfokuskan kisah motivasi dan pembangunan mahasiwa.
"Saya berharap laman ini akan mencapai matlamat dalam menjadi media untuk berkongsi kisah - kisah Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia dan berperanan satu unit khas dalam menjayakan agenda kelab ini. Melihat kepada ramai pengguna hari mengakses maklumat melalui internet, jadi laman juga akan mendapat perhatian di mata pembaca". Ujar Shayyie Alif.
Wahana Media
Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia