5 OKT 2013 - Demi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan dalam pengurusan kelab, Kelab Nasyid UUM telah mengadakan satu program khas Famili Day Kelab Nasyid. Program selama satu hari ini berlangsung dengan jayanya dalam memupuk nilai - nilai keluargaan dalam sesuatu organisasi. Sesi kenal mengenali antara satu sama lain dalam program ini mampu untuk ketahui cara dan perwatakan seseorang itu. Ikatan kekeluargaan ini amatlah perlu dalam organisasi untuk bersama dalam pembangunan pengurusan kelab.
Penjaan visi dan misi dalam Kelab Nasyid UUM ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya ahli kelab tiada nilai kekeluargaan dan persefahaman. Menjadi asas utama bagi kelab ini dengan memperkenalkan nilai - nilai kesejahteraan dalam pengurusan kelab. Hormat - menghormati perlu dijadikan sandaran utama bagi mengekalkan keharmonian pengurusan organisasi. Seramai 50 ahli kelab telah menjayakan program ini dengan diberikan pelbagai aktiviti - aktiviti dalam kumpulan.
"Saya sangat teruja dan gembira dengan penyertaan dalam Famili Day Kelab Nasyid UUM, saya dapat mengenali ramai sahabat-sahabat lain dan rasa nilai sebuah keluarga. Sedikit sebanyak mengingatkan saya akan kampung halaman saya". Ujar Hamzah Haikal, salah seorang peserta program tersebut.
BULETIN NASYID UUM
BULETIN NASYID UUM
0 ulasan:
Catat Ulasan