Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia.
Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia telah menjangkau 10 tahun usianya sejak ianya
ditubuhkan. Saya sebagai presiden sesi 2012/2013 berasa bangga kerana kelab nasyid
dapat menjadi antara kelab terbaik di UUM dan sebahagian dari misi kelab juga
telah pun tercapai dengan berobjektif adalah untuk memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian islam kepada mahasiswa di dalam kampus mahupun di luar kampus. Selain itu, untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani melalui penerapan nilai-nilai yang mempunyai unsur- unsur keislaman.
Kelab Nasyid menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar
disamping memberi hiburan berunsur islamik dan dakwah. Melalui penyertaan dalam
kelab nasyid, akademik dan sosial pelajar dapat diseimbangkan. Seiring dengan
teknologi sekarang, Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia juga tidak mahu ketinggalan menubuhkan laman
sosial seperti facebook untuk memudahkan dan mempercepatkan sebarang urusan hebahan
maklumat berkaitan kelab. Buat julung kalinya, kelab nasyid menubuhkan laman web untuk memudahkan pengunjung dan
pelajar- pelajar uum khususnya untuk mengetahui dengan lebih terperinci
info-info terkini mengenai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab.
Saya berharap dengan penubuhan laman ini akan menyumbang dan mengangkat lagi nama Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia di peringkat UUM mahupun di luar kampus. Dengan kewujudan laman ini juga mampu sama-sama kita menilai pembangunan Kelab Nasyid UUM dalam mengikuti perkembangan semasa akan arus modenisasi. Sekaligus menyahut visi dan misi Universiti Utara Malaysia.
Salam ukhuwah fillah,
Faizzudin Bin Sahazudin
Presiden Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia