Jumaat, 4 Oktober 2013

CINTA ALLAH, CINTA RASUL & CINTA MANUSIA

3 OKT 2012 - Sempena Festival Kebudayaan Universiti anjuran Pusat Budaya & Seni Universiti Utara Malaysia, Kelab Nasyid UUM turut menjayakan dengan mengadakan DISKUSI ISLAMIK, sebuah diskusi yang membincangkan kisah "Cinta akan Allah S.W.T, Cinta akan Rasul dan Cinta akan Manusia" bersama panel Dr. Ahmad Bashir@Zolmat Bin Aziz, Pensyarah Kanan Kolej Akademik Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia. Diskusi selama 2 jam ini membawa peserta untuk mengenali erti cinta sebenarnya Bagaimana cinta itu diungkap dan  bagaimana untuk mengaplikasikan cinta itu.


Menjadi kebiasaan setiap insan akan memliki cinta tetapi masih ramai yang tidak tahu untuk mengenali cinta itu tatkala hanya menganggap cinta itu hanya pada manusia. Kewajaran cinta itu haruslah yakin dan percaya akan Pencipta cinta itu barulah kita merasai cinta yang sebenar. Dalam perbincangan diskusi tersebut, Dr Ahmad Bashir berkata "Cinta itu haruslah seimbang dalam kehidupan didunia dan diakhirat. Dalam kita mencinta manusia atau seseorang itu, pastikan kita kenal siapa yang mencipta cinta itu, dan harumkan cinta itu dengan sunnah rasul".

BULETIN NASYID UUM

0 ulasan:

Catat Ulasan