12 OKT 2013 - Kelab Nasyid UUM telah mengadakan PERTANDINGAN NASYID PIALA NAIB CANSELOR UUM yang berlangsung semperna Festival Kebudayaan Universiti UUM Kali Ke-3. Pertandingan ini menyaksikan bakat-bakat mahasiswa dalam alunan nasyid dan persembahan dakwah melalui irama nasyid. Mempertandingkan persembahan dalam mewakili Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dan IPT di peringkat utara. Sebanyak 12 Dewan Penginapan Pelajar telah bertanding dalam merebut juara pertandingan nasyid ini antaranya DPP Petronas, DPP Proton, DPP Malaysia Airlnes dan turut menyertai kumpulan nasyid dari beberapa IPT yang lain. Pertandingan ini bertujuan untuk mengekalkan irama nasyid dikalangan mahasiswa selain memberi kesedaran kepada peserta dan mahasiswa akan nilai dakwah melalui hiburan nasyid.
Noorain Nabila selaku pengarah program berkata pertandingan ini adalah medium untuk mahasiswa mempamerkan bakat masing-masing dalam persembahan nasyid. Menang atau kalau itu bukanlah ukuran dalam program ini, apa yang penting adalah bagaimana peranan mahasiswa menghidupkan nilai-nilai hiburan yang berbentuk dakwah didalam kampus sekaligus mengimbangi kehidupan seorang mahasiswa. Saya yakin program kali ini akan banyak diadakan lagi dalam kampus mahupun di luar kampus untuk bersama-sama kita memajukan hiburan nasyid di tanah air kita.
Johan bagi program ini dinobatkan kepada Dewan Penginapan Pelajar Malaysia Airlines dengan membawa pulang hadiah wang tunai, hamper, sijil penyertaan dan trofil. "Kami berasa bersyukur dengan kemenangan dalam pertandingan ini, pun begitu kami berasa lagi bangga dapat berdakwah melalui alunan nasyid sebagai hiburan kampus yang perlu disokong oleh mahasiswa kini." Ujar Rahimi Aziz, solo Kumpulan Nasyid G-Heart DPP Malaysia Airlines.
BULETIN NASYID UUM
0 ulasan:
Catat Ulasan