SELAMAT DATANG LAMAN KELAB NASYID UUM

Laman Rasmi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

Wahana Media Shayyie Alif

Ketua Eksekutif Unit Media dan Korporat bagi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

DAFTAR AHLI KELAB NASYID UUM ONLINE

Jom Berdakwah Melalui Hiburan Nasyid

SEGMEN BLOG: Motivasi Kampus

Perubahan seorang mahasiswa

SEGMEN BLOG: Anugerah Nasyid

Perkongsian irama nasyid yang terkini di pasaran

Ahad, 24 November 2013

PERUBAHAN SEORANG MAHASISWA

Setelah bergerlar seorang mahasiswa, pastinya akan mengalami perubahan dalam diri seseorang. Ada yang perubahan kepada satu yang positif dan ada juga yang akan mengalami perubahan negatif. Hal ini terjadi disebabkan kegagalan seseorang mahasiswa itu dalam mengawal kehidupannya dikampus. Menurut penulis dan motivator, Ahmad Fadzli Yusof, terdapat beberapa aspek penting untuk menentukan pembangunan dan kejayaan diri seorang mahasiswa dalam menghadapi cabaran hidup di kampus. Lima aspek tersebut adalah:




1. Aspek Fizikal
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk mahasiswa memberikan sepenuh tumpuan dalam apa jua yang dilakukan sama ada di bilik kuliah atau di luar bilik kuliah. Mahasiswa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan seharusnya menjauhi budaya merokok dan pengaruh dadah.


2. Aspek Mental
Sebagai mahasiswa, otak yang sihat amat diperlukan untuk mengingat fakta sepanjang proses pembelajaran. Kesihatan otak dipengaruhi oleh gaya pemakanan, aktiviti harian dan sebagainya.


3. Aspek Spiritual
Pendirian yang tetap perlu ada pada diri seorang mahasiswa bagi menempuh gaya hidup di kampus yang serba mencabar. Jika ada tetap pendirian, maka mahasiswa tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif.


4. Aspek Emosi
Setiap insan dibekalkan dengan emosi dalam dirinya dan menjadi tanggungjawab seseorang itu untuk mengawalnya. Emosi yang stabil amat penting supaya dapat memberikan tumpuan dan supaya sistem pembelajaran tidak terganggu. Perasaan rindu pada kampung halaman, putus cinta dan bebanan kerja kursus yang banyak antara faktor utama yang boleh mengganggu kestabilan emosi seseorang mahasiswa. Untuk mengatasi masalah ini, mahasiswa perlu menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.


5. Faktor Kemahiran
Seseorang mahasiswa perlu tahu dan menguasai kemahiran konseptual, teknik dan kemahiran sosial. Skill konseptual seperti keupayaan untuk berfikir secara analitikal, skil membuat analisis, berfikir secara objektif, kepandaian dalam menyelesaikan masalah, keupayaan untuk berhujah serta boleh melihat sesuatu perkara itu dari sudut keseluruhan bukannya dari satu sudut sahaja. Skil teknikal yang perlu dikuasai adalah kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat (ICT). Manakala kemahiran sosial adalah hubungan interpersonal dan intrapersonal, keupayaan menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran berucap di khalayak awam.


MOTIVASI KAMPUS

Jumaat, 22 November 2013

ANUGERAH NASYID: ITU INI BEGITU BEGINI

Lirik Lagu: Itu Ini Begitu Begini
Artis: 
Mirwana & Altimet



Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(
KORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(KORUS)


Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(KORUS 2X)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Khamis, 21 November 2013

HEBAHAN: MESYUARAT PROGRAM AGM

Makluman kepada eksekutif  - eksekutif Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia. Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dan mesyuarat akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 23 November 2013
Masa : 08.00 Malam - 11.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat PBS UUM

Mohon kerjasama semua pihak berkenaan hadir mesyuarat ini. 

Sekian, terima kasih.