SELAMAT DATANG LAMAN KELAB NASYID UUM

Laman Rasmi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

Wahana Media Shayyie Alif

Ketua Eksekutif Unit Media dan Korporat bagi Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia

DAFTAR AHLI KELAB NASYID UUM ONLINE

Jom Berdakwah Melalui Hiburan Nasyid

SEGMEN BLOG: Motivasi Kampus

Perubahan seorang mahasiswa

SEGMEN BLOG: Anugerah Nasyid

Perkongsian irama nasyid yang terkini di pasaran

Rabu, 2 April 2014

MALAM KESENIAN ISLAM

23 Mac 2014 - Malam Kesenian Islam telah diadakan pada 23 mac adalah  untuk memartabat kesenian dan mengalunkan irama islam. Malam Kesenian Islam diadakan sempena Karnival 3k yang bertempat di Dataran Pusat Budaya dan Seni , Universiti Utara Malaysia. Objektif  Malam Kesenian Islam ini adalah untuk mengenali lebih mendalam lagi mengenai kesenian islam .

Ini merupakan perjalanan program semasa Malam Kesenian Islam berlangung :-
                                           
                                             Persembahan Daripada Kumpulan Kompang UUM


                                         Persembahan Daripada Kumpulan Nasyid UUM Junior


                                           Persembahan Daripada Kumpulan Nasyid UUM Senior


                                       Persembahan Daripada Kumpulan Qasidah "Sautul Fateh"

Manakala , ini merupakan selepas program Malam Kesenian Islam Berlangsung :-







Sabtu, 22 Mac 2014

Ukhwah Yang Terjalin

Sungguh pun perkenalan kami yang singkat , hubungan di antara kami di ibaratkan setahun lamanya , segala dan aktiviti kami lakukan bersama . Ikatan kami terluah melalui muzik video oleh UNIC- Seiring sehaluan.



Seiring Sehaluan oleh UNIC

Ini antara sebahagian gambar ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. 




Ahad, 24 November 2013

PERUBAHAN SEORANG MAHASISWA

Setelah bergerlar seorang mahasiswa, pastinya akan mengalami perubahan dalam diri seseorang. Ada yang perubahan kepada satu yang positif dan ada juga yang akan mengalami perubahan negatif. Hal ini terjadi disebabkan kegagalan seseorang mahasiswa itu dalam mengawal kehidupannya dikampus. Menurut penulis dan motivator, Ahmad Fadzli Yusof, terdapat beberapa aspek penting untuk menentukan pembangunan dan kejayaan diri seorang mahasiswa dalam menghadapi cabaran hidup di kampus. Lima aspek tersebut adalah:




1. Aspek Fizikal
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk mahasiswa memberikan sepenuh tumpuan dalam apa jua yang dilakukan sama ada di bilik kuliah atau di luar bilik kuliah. Mahasiswa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan seharusnya menjauhi budaya merokok dan pengaruh dadah.


2. Aspek Mental
Sebagai mahasiswa, otak yang sihat amat diperlukan untuk mengingat fakta sepanjang proses pembelajaran. Kesihatan otak dipengaruhi oleh gaya pemakanan, aktiviti harian dan sebagainya.


3. Aspek Spiritual
Pendirian yang tetap perlu ada pada diri seorang mahasiswa bagi menempuh gaya hidup di kampus yang serba mencabar. Jika ada tetap pendirian, maka mahasiswa tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif.


4. Aspek Emosi
Setiap insan dibekalkan dengan emosi dalam dirinya dan menjadi tanggungjawab seseorang itu untuk mengawalnya. Emosi yang stabil amat penting supaya dapat memberikan tumpuan dan supaya sistem pembelajaran tidak terganggu. Perasaan rindu pada kampung halaman, putus cinta dan bebanan kerja kursus yang banyak antara faktor utama yang boleh mengganggu kestabilan emosi seseorang mahasiswa. Untuk mengatasi masalah ini, mahasiswa perlu menceburkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.


5. Faktor Kemahiran
Seseorang mahasiswa perlu tahu dan menguasai kemahiran konseptual, teknik dan kemahiran sosial. Skill konseptual seperti keupayaan untuk berfikir secara analitikal, skil membuat analisis, berfikir secara objektif, kepandaian dalam menyelesaikan masalah, keupayaan untuk berhujah serta boleh melihat sesuatu perkara itu dari sudut keseluruhan bukannya dari satu sudut sahaja. Skil teknikal yang perlu dikuasai adalah kemahiran belajar dan kemahiran teknologi maklumat (ICT). Manakala kemahiran sosial adalah hubungan interpersonal dan intrapersonal, keupayaan menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran berucap di khalayak awam.


MOTIVASI KAMPUS

Jumaat, 22 November 2013

ANUGERAH NASYID: ITU INI BEGITU BEGINI

Lirik Lagu: Itu Ini Begitu Begini
Artis: 
Mirwana & Altimet



Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(
KORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(KORUS)


Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(KORUS 2X)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Khamis, 21 November 2013

HEBAHAN: MESYUARAT PROGRAM AGM

Makluman kepada eksekutif  - eksekutif Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia. Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dan mesyuarat akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 23 November 2013
Masa : 08.00 Malam - 11.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat PBS UUM

Mohon kerjasama semua pihak berkenaan hadir mesyuarat ini. 

Sekian, terima kasih.

Rabu, 30 Oktober 2013

CABARAN KEHIDUPAN KAMPUS

Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka. Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekatan ia terpaksa membuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputussan sendiri dan berdikari.





Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :

Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini. Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama. Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.

Dalam masalah penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.

Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.

Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.

Kumpulan pelajar di kampus adalah meruapakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.


MOTIVASI KAMPUS

Selasa, 15 Oktober 2013

ANUGERAH NASYID: BINTANG SYURGA

Lirik Lagu: Bintang Syurga
Artis: Raqib Majib feat UNIC

Biar darah jadi baja
Biar tuanku menjadi tuannya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak

Burung-burung igau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cintamu kanku bercantum




Pergi ku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki
Itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki dari ilahi
Wow.. woo..

Kejayaan (kejayaan)
Kebahagaiaan (kebahagiaan)
Kepada para syuhada yang dirindukan

Datang.. datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya
Hoo.. ooo.. hoo..
Hoo.. hoo.. ooo..